Wednesday, December 21, 2016

4 ladies that I look up to.

Assalammualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh~


4. My Cousin. (Anis)


Tolong jangan pelik. Tu kaki adik Anis,Dina.


Bertarikhkan 21 DIsember,aku menaip entri ni. Rasa nervous,excited dan bermacam lagi gejolak emosi yang bermain sekarang ni. Nervous sebab tak lama lagi aku akan pergi ke Johor Bahru untuk menjadi seorang pengasuh. Hahaha. Kelakar pun ada aku rasa sebenarnya. Aku yang tak banyak pengalaman ni disuruh mengasuh budak? Sepupu aku lagi hebat kut. Tapi,tak apalah. Ini rezeki dan jalan yang Allah dah tentukan untuk aku,kan?


Bercakap pasal sepupu aku tu,dia termasuk salah seorang daripada para perempuan yang aku kagumi. Apa yang paling aku jealous a.k.a kagum pada dia,ialah dia pandai jaga budak-budak. Budak-budak yang kecil-kecil lingkungan bawah setahun ke 4 tahun. Dia boleh jaga nak dekat 10 orang sekaligus pulak tu! Nampak tak point untuk menjadi satu perkara yang layak dicemburukan dekat situ? Aku terfikir jugak. Kenapa mak cik aku tak offer dia untuk jaga anak dia?


Dalam bab ini sajalah yang aku kagumi dia. Dia memang awesome. Aku berdoa dan berharap dan aku akan berusaha,harap-harapnya aku boleh jadi macam dia dalam bab menjaga budak kecil. Semoga pengalaman yang akan aku tempuh bersama Ayraa (sepupu yang aku nak asuh nanti),boleh menjadi pemangkin peningkatan soft skill aku. Oh,ya! Sebelum aku terlupa... Nama sepupu aku yang hebat babysitting tu Anis. Sebaya ngan aku, dan nama pun nak dekat sama dengan aku.



3. Mak Dak (Odie)


Di belakang tu mak dak. Dekat depan tu,Ibu.


Mak dak secara rasminya ialah ibu saudara yang paling garang antara semua adik-beradik ummi. Ini bukan auta,tapi fakta! Tapi biasanya yang paling garang tulah yang paling sporting. Hahaha. Aku suka dengar mak dak bagi penerangan pasal apa-apa benda sebab dia akan explain secara detail. Even benda tu kau dah tahu,tapi kau kena dengar dengan khusyuk supaya kau dapat kutip ilmu baru yang mungkin kau tak tahu lagi. Itu situasi yang pernah aku alami dulu,tapi aku rasa aku akan sentiasa alaminya. 


Lagi satu,aku suka cara mak dak menulis dekat blog dia. Walaupun simple,tapi ayatnya sampai dekat hati aku. It is as if,aku boleh bayangkan aku berada di posisi mak dak aku sendiri. Mak dak jugak mengajar aku secara tak langsung untuk menjadi seorang yang tegas dengan pendirian. You have to be clear about yourself. All in all,itulah beberapa perkara yang aku takuti dan kagumi tentang mak dak. Semoga mak dak menjadi mama yang baik untuk Ikhwan dan Raudah.



2. Mokcu (Ayu).

Mokcu dan Wan.



Okey. Pertama sekali,aku tak tahu kenapa muka wan sangat sedih dalam gambar tu. Jangan tanya aku kenapa. Aku kadang-kadang menjadikan mokcu sebagai idola aku,sebab mokcu rajin buat kerja rumah dan mempunyai gaya belajar yang paling simple. Itu adalah dua benda yang aku teladani dan cuba aku contohi daripada mokcu. Kelakar bila ingat balik,tapi aku selalu jealous dengan mokcu masa kitorang tinggal serumah dulu. Aku jelly sebab mokcu boleh buat kerja rumah dan aku pulak pemalas.


Heish,kau ni Hanis. Teruk betullah~!


Tapi,yang sebenarnya aku agak kekok nak bergaul dengan mokcu walaupun jarak umur kitorang cuma 4 tahun. Okey. Tu alasan paling lemah yang aku pegang. Tapi tulah,memang awkward. Aku sendiri tak dapat nak jelaskan kenapa. It's just naturally gauche. Akhirnya aku reda. Aku cuba jelah bergaul dengan mokcu walaupun aku ni memang kera sumbang sikit.



1. Ummi.

Di tepi pantai yang indah.


Latar masa dalam gambar ni,abi baru-baru je keluar dari hospital dan aku baru mula pakai handphone Sony Xperia aku. Aku tak suka nak ingat masa abi masuk hospital tu. Masa yang sangat sedih untuk aku. Untuk Nizam,dan untuk Ummi terutamanya. Eh. Macam tersesat tajuk pulak aku ni. Apapun,seperti mansia yang lain aku juga menganggap ummi sebagai idola dalam hidup aku. Aku tak tahulah orang lain macam mana... Tapi aku suka bila ummi membebel dan marah aku


Sebabnya,bila ummi marah dan membebel dekat aku,aku jadi ingat dengan jelas tentang apa yang aku perlu dan tak perlu serta boleh dan tak boleh buat. Aku suka minta nasihat dan pandangan ummi tentang pergaulan sosial aku sebab ummi bekerja sebagai seorang guru,macam-macam ragam manusia semua peringkat umur yang ummi kena hadap dekat sekolah tu. Salah satu impian aku,aku nak jadi macam ummi kalau aku ada anak nanti. Haha. Kalau aku dipanjangkan umur untuk merasai alam perkahwinanlah.


Pada aku,ummi seorang ibu,mak,mama dan bonda yang sempurna walaupun ummi lagi garang daripada mak dak masa aku dengan Nizam kecil dulu. Wan cukup tahu ummi lagi sayang aku daripada aku sayang ummi,sebab antara aku dan ummi. Ummi lagilah tak sanggup nak berpisah dengan aku. Boleh dikatakan aku ni anak manja jugaklah. Rezeki~ 



Sekian,asssalammualaikum warahmatullahhi wabarakatuh~






Friday, November 18, 2016

Purpose of writing.

Assalammualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh~!

Alhamdulillah. Excited sungguh dapat update blog hari ni,malam ni! Mood masih lagi berada dalam takuk SPM. Aku ambil rehat daripada ulang kaji hari ni sebab addmath semalam. Fuh~ Penat aku positifkan diri nak jawan addmath kertas 1 dengan kertas 2. Tak apa,aku tawakal pada Allah dan tak kira apa result aku nanti,aku reda!




Menjadi seorang blogger ialah satu cabaran untuk aku. Sebabnya aku bukanlah seorang yang kreatif dalam menulis,aku punya idea jenis yang setengah jalan dan aku selalu ada author's block. Kalau blogger lain,tak ada idea pun okey je menulis. Aku je yang banyak sangat aral dalam menggunakan akal. Dan aku masih keliru tentang identiti aku sebagai seorang blogger.


Blogger kategori apa aku ni? Blogger yang share pasal personal life? Aku tak pandai nak embelish cerita. Blogger pasal ilmu agama? Ilmu aku masih lagi tahap rendah je. Blog pasal kawan-kawan? Aku tak ramai kawan,dan aku mana ada geng. Fikiran inilah yang mengganggu aku dan menghalang aku daripada menaip entri baru selain SPM.


Aku tak mengharapkan followers pun,sebab aku tahu blog aku plain. Haha. Aku bukanlah macam blogger perempuan tipikal. Majoriti upload gambar dekat internet,sedangkan aku? Aku cuba untuk berpegang kukuh pada prinsip Malu itu sebahagian Iman,dan malu itu perhiasan terbaik wanita. Lagipun,bukannya ada kepentingan pun nak upload gambar bagai. 


Menulis a.k.a mengarang a.k.a menaip di blog ialah satu perkara yang memuaskan aku. Sebab aku ada hak untuk menyuarakan pendapat aku,walaupun hanya di alam maya. Blog memberi aku akses untuk mengetahui fikiran dan pendapat orang lain pada sesuatu isu. Apa yang paling penting sekali,aku nak aku menulis ni bukan atas tujuan suka-suki.




Aku nak cari sebab dan tujuan yang solid,kenapa aku jadi blogger? Dan apa yang aku nak sampaikan melalui blog ni? Paling penting,aku nak sangat penulisan aku dapat menyentuh hati orang yang membaca! Kalau tak dapat 10 orang,1 orang pun jadilah. Sekurang-kurangnya,aku ada membawa perubahan kecil dalam dunia orang lain.


All in all,janji aku kepada blog ni. No more worthless and immature posts! Aku akan pastikan apa yang aku taip dan upload kat sini adalah bermanfaat. In Sha Allah. Aku harap Allah akan izinkan aku untuk dapat berbuat sedemikian. So,that's all for now,SOLID COLOUR~ Assalammualaikum!